Privacy Policy

Website Terms of Use and Privacy Policy
  1. General

    1. Mission Foods Malaysia Sdn. Bhd. and/or each of our respective related corporations (as the term is defined in the Companies Act 2016), affiliates and associated companies, (hereinafter “Gruma” or “we” ) is responsible for the treatment of the personal data (hereinafter, “Data”) it collects, records, holds, stores, uses, discloses and/or process (collectively referred to as “Process”) concerning the individuals in their specific categories in connection with your dealings and relationship with us, namely Personnel, Customers (consisting of both Customer-Dealer and Customer-Consumer, unless stated otherwise) and Suppliers (collectively, “Data Subjects”) to whom such Data corresponds.

      Mission Foods Malaysia Sdn. Bhd. dan.atau setiap syarikat berkaitan kami masing-masing (sebagaimana istilah ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016), ahli gabungan, syarikat bersekutu, (selepas ini “Gruma” atau “kami” ) bertanggungjawab terhadap pengolahan data peribadi (selepas ini, “Data”) yang ia kumpul, rekod, pegang, simpan, guna, dedah dan/atau proses (secara kolektif dirujuk sebagai “Proses”) berkenaan individu dalam kategori khusus mereka berhubung dengan urusan dan perhubungan anda dengan kami, iaitu Kakitangan, Pelanggan (terdiri daripada kedua-dua Penjual-Pelanggan dan Pelanggan-Pelanggan, melainkan dinyatakan sebaliknya) dan Pembekal (secara kolektif, “Subjek Data”) kepada sesiapa Data tersebut sepadan.

    2. This Privacy Policy explains how Gruma Processes Data and complies with the requirements of the Malaysian Personal Data Protection Act. If you have any questions relating to this policy, contact Chee Soo Chuan on 606 798 6945.

      Dasar Privasi ini menerangkan cara Gruma Memproses Data dan mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dasar ini, hubungi Chee Soo Chuan di talian 606 798 6945

  2. Collection, Sources and Purpose of Data


    Pengumpulan, Sumber dan Tujuan Data

    1. Gruma is engaged in the business of elaboration, production, trading, distribution, import and export of corn and wheat flour, as well as corn and wheat flour based products. Because of this, Gruma interacts and has interacted with several individuals, who are the Data Subjects of the Data that at any time were collected from them.

      Gruma terlibat dalam perniagaan kerjasama, pengeluaran, perdagangan, pengedaran, import dan eksport jagung dan tepung gandum, serta produk berasaskan jagung dan tepung gandum. Disebabkan perkara ini, Gruma berinteraksi dan telah berinteraksi dengan beberapa individu, yang Subjek Data bagi Data yang pada bila-bila masa telah dikumpulkan daripada mereka.

    2. Therefore, Gruma hereby informs you the type of Data that it Processes, the sources which the respective Data were obtained from, as well as the purpose of the Processing of such Data.

      Oleh itu, Gruma dengan ini memaklumkan anda jenis Data yang Diproses, sumber perolehan Data masing-masing serta tujuan Pemprosesan Data sedemikian.

    3. To the extent that you disclose to Gruma any personal information and/or personal data (whether or not coming within the definition of Data above) of another individual, we shall assume, without independent verification, that you have obtained such individual's consent for the disclosure of such information and/or personal data as well as the Processing of the same in accordance with this Privacy Policy.

      Setakat yang anda dedahkan kepada Gruma, sebarang maklumat peribadi dan/atau data peribadi (sama ada datang dengan takrifan Data di atas atau tidak) individu lain, kami akan menganggap, tanpa penentusahan bebas, bahawa anda telah memperoleh persetujuan individu tersebut untuk pendedahan maklumat dan/atau data peribadi sedemikian serta Pemprosesan maklumat yang sama menurut Dasar Privasi ini.

    4. Note that from among all the Data collected from the Data Subjects and/or their relatives, there may be information deemed as sensitive personal data, including but not limited to physical or mental health or condition of the Data Subjects, political opinions, religious beliefs or other beliefs of a similar nature, the commission or alleged commission of the Data Subjects of any offence, and you consent to Gruma to Processing this Sensitive Personal Data as set out in this Privacy Policy.

      Ambil perhatian bahawa antara semua Data yang dikumpulkan daripada Subjek Data dan/atau saudara terdekat mereka, mungkin terdapat maklumat yang dianggap data peribadi sensitif, termasuk tetapi tidak terhad kepada kesihatan atau keadaan kesihatan fizikal atau mental Subjek data, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang sama jenisnya, perlakuan atau perlakuan yang didakwa Subjek Data terhadap sebarang kesalahan dan anda bersetuju dengan Gruma untuk Memproses Data Peribadi Sensitif ini seperti yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini.

  3. Data of the Personnel

    1. With respect to Data of the PERSONNEL (i.e. employment applicants, employees, former employees, interns), Gruma Processes information obtained from the Personnel in a personal, direct manner, or through our website, third party administrators, your previous employers, employment agencies, background checks and professional or personal reference, or other sources which we may see fit from time to time. Such information may include, but is not limited to, full name, address, telephone, email, career experience, non-criminal records certificate, union membership, proof of studies, proof of domicile and copy of an official ID.

      Berhubung dengan Data KAKITANGAN (iaitu pemohon pekerjaan, pekerja, bekas pekerja, pelatih), Gruma Memproses maklumat yang diperoleh daripada Kakitangan secara terus dan peribadi, atau melalui tapak web kami, pentadbir pihak ketiga, bekas pekerja anda, agensi pekerjaan, semakan latar belakang dan rujukan profesional atau peribadi, atau sumber lain yang mungkin kami nampak sesuai dari masa ke masa. Maklumat sedemikian mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama penuh, alamat, telefon, e-mel, pengalaman kerjaya, sijil rekod bukan jenayah, keahlian kesatuan, bukti belajar, bukti bermastautin dan salinan ID rasmi.

    2. All this information is collected with respect to administering your employment relationship with us and managing human resource processes, or such other purposes as we deem necessary appropriate from time to time, including to (i) determine the remuneration and/or employment benefits and to make such payment, (ii) to communicate with and to locate the Personnel, (iii) to identify the Personnel, (iv) to prepare a career profile for examination and training purposes, and (v) to make an employment recommendation. Gruma may also request the full name and telephone number of direct relatives (i.e. ascendants and/or descendants and/or collateral relatives and/or spouse) for employment references purposes.

      Semua maklumat ini dikumpulkan berhubung dengan pentadbiran perhubungan pekerjaan anda dengan kami dan pengurusan proses sumber manusia atau tujuan lain yang kami anggap perlu atau sesuai dari masa ke masa, termasuk untuk (i) menentukan pembayaran dan/atau manfaat pekerja dan untuk membuat bayaran tersebut, (ii) untuk berkomunikasi dengan Kakitangan dan mengesan mereka, (iii) untuk mengenal pasti Kakitangan, (iv) untuk menyediakan profil kerjaya bagi tujuan pemeriksaan dan latihan dan (v) untuk membuat pengesyoran pekerjaan. Gruma juga mungkin meminta nama penuh dan nombor telefon saudara terdekat (cth. nenek moyang dan/atau anak cucu dan/atau saudara mara dan/atau pasangan) untuk tujuan rujukan pekerjaan.

    3. Gruma may collect information regarding any bank account of the PERSONNEL for the purpose of facilitating the payment, whether at the bank or through wire transfer, of any service rendered and/or supply of any good provided.

      Gruma mungkin mengumpul maklumat berkenaan sebarang akaun bank KAKITANGAN untuk tujuan kemudahan bayaran, sama ada di bank atau melalui pindah kawat, bagi mana-mana perkhidmatan yang dijalankan dan/atau bekalan mana-mana barangan yang diberikan

    4. Gruma may request at any time from any of the Personnel, any additional information as it deems fit and may make evaluations of socioeconomic, psychometric and/or medical (health) for internal purposes, in order to define a Personnel’s profile for purposes of determining and/or providing some kind of allowance in the employment benefits and/or support in particular cases.

      Gruma mungkin meminta pada bila-bila masa daripada mana-mana Kakitangan, sebarang maklumat tambahan yang dianggap sesuai dan boleh membuat penilaian sosioekonomi, psikometri dan/atau perubatan (kesihatan) untuk tujuan dalaman, untuk mentakrifkan profil Kakitangan bagi tujuan penentuan dan/atau penyediaan sejenis elaun dalam manfaat pekerjaan dan/atau sokongan dalam kes tertentu

    5. Gruma may also request and/or collect Data from the PERSONNEL and/or from their direct relatives information regarding suffered illnesses and/or accidents (health) of the Personnel, as well as of the automobiles they use. The information is, amongst others, to evaluate, quote and, if applicable, provide any type of Medical Insurance and/or Life Insurance and/or Automobile Insurance, as some sort of employment benefit attending to their title and/or position and/or duties.

      Gruma juga mungkin meminta dan/atau mengumpul Data daripada KAKITANGAN dan/atau daripada maklumat saudara terdekat mereka berkenaan penyakit dan/atau kemalangan (kesihatan) yang dihidapi Kakitangan serta kereta yang mereka gunakan. Maklumat tersebut, antara lainnya, untuk menilai, menyebut harga dan, jika berkenaan, memberikan sebarang jenis Insurans Perubatan dan/atau Insurans Nyawa dan/atau Insurans Automobil, kerana beberapa jenis manfaat pekerjaan berkaitan dengan jawatan dan/atau kedudukan dan/atau tugas mereka.

    6. Gruma may also collect any such information as we deem necessary or appropriate from time to time in connection with the Personnel's employment with us.

      Gruma juga mungkin mengumpul sebarang maklumat tersebut yang kami anggap perlu atau sesuai dari masa ke masa berhubung dengan pekerjaan Kakitangan dengan kami.

  4. Data of Customers


    With respect to the Data of CUSTOMERS, Gruma Processes the Data from two different types of customers:

    Berhubung dengan Data PELANGGAN, Gruma Memproses Data daripada dua jenis pelanggan yang berbeza.

    1. Customer-Dealer, from whom it may be requested directly or through our website or third party administrators], or other sources which we may see fit from time to time. Customer-Dealers may be requested information including but not limited to, full name, address, telephone and/or email, website, bank account data, copy of an official ID. The Data is required in order to (i) determine the consideration and/or remuneration for the supply of the products and/or the services provided by Gruma, (ii) make the corresponding collection and payment, (iii) communicate with and to locate the Customer-Dealer, and (iv) such other purposes as we deem necessary appropriate from time to time.

      Penjual-Pelanggan, daripadanya siapa ia mungkin diminta secara langsung atau melalui tapak web kami atau pentadbir pihak ketiga, atau sumber lain yang mungkin kami nampak sesuai dari masa ke masa. Penjual-Pelanggan mungkin diminta memberi maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama penuh, alamat, telefon dan/atau e-mel, tapak web, data akaun bank, salinan ID rasmi. Data diperlukan untuk (i) menentukan pertimbangan dan/atau pembayaran untuk bekalan produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Gruma (ii) membuat pengumpulan dan bayaran yang sepadan, (iii) berkomunikasi dengan Penjual-Pelanggan dan mengesan mereka dan (iv) tujuan lain yang kami anggap perlu dan sesuai dari masa ke masa

    2. Customer-Consumer, from whom it may be requested directly or through our website or third party administrators, or other sources which we may see fit from time to time. Customer-Consumers may be requested information including but not limited to, full name, address, telephone and/or email, date of birth, for product evaluation and/or brands and/or services of Gruma. The Data is required in order to (i) obtain a result in market surveys, (ii) send them advertising material and/or notices, via email and/or any other media, and (iii) such other purposes as we deem necessary appropriate from time to time,

      Pelanggan-Pelanggan, daripadanya siapa ia mungkin diminta secara langsung atau melalui tapak web kami atau pentadbir pihak ketiga, atau sumber lain yang mungkin kami nampak sesuai dari masa ke masa. Pelanggan-Pelanggan mungkin diminta memberi maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama penuh, alamat, telefon dan/atau e-mel, tarikh lahir, untuk penilaian produk dan/atau jenama dan/atau perkhidmatan Gruma. Data diperlukan untuk (i) mendapatkan hasil tinjauan pasaran, (ii) menghantar bahan pengiklanan dan/atau notis kepada mereka, melalui e-mel dan/atau sebarang media lain dan (iii) tujuan lain yang kami anggap perlu dan sesuai dari masa ke masa.

    3. If you are receiving promotional information about Gruma and do not wish to receive this information any longer, you may remove your name from our mailing list by calling us on 606 798 6945 and asking to be removed from our mailing list.

      Jika anda menerima maklumat promosi mengenai Gruma dan tidak mahu menerima maklumat ini lagi, anda boleh mengeluarkan nama anda daripada senarai mel kami sama ada melalui menghubungi kami di talian 606 798 6945 dan meminta dikeluarkan daripada senarai mel kami.

    4. Gruma may also collect any such information as we deem necessary or appropriate from time to time in connection with your dealings and/or relationship with us.

      Gruma juga mungkin mengumpul sebarang maklumat tersebut yang kami anggap perlu atau sesuai dari masa ke masa berhubung dengan urusan dan/atau perhubungan anda dengan kami

  5. Data of Suppliers

    1. With respect to the Data of SUPPLIERS, Gruma may Process the Data obtained from the Suppliers or through our website or other sources which we may see fit from time to time. This includes, but is not limited to, full name, address, telephone, email, quotation and/or budget, proof of domicile and copy of an official ID. The Data is required in order to identify and locate the Suppliers, to determine the consideration and/or remuneration for the services rendered and/or the goods supplied to Gruma, as well as to make the payments referred to above.

      Berhubung dengan Data PEMBEKAL, Gruma mungkin Memproses Data yang diperoleh daripada Pembekal atau melalui tapak web kami atau sumber lain yang mungkin kami nampak sesuai dari masa ke masa. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama penuh, alamat, telefon, e-mel, sebut harga dan/atau belanjawan, bukti bermastautin dan salinan ID rasmi. Data diperlukan untuk mengenal pasti dan mengesan Pembekal, untuk menentukan pertimbangan dan/atau pembayaran untuk perkhidmatan yang dijalankan dan/atau barangan yang dibekalkan kepada Gruma serta untuk membuat bayaran yang dirujuk di atas

    2. In the event that information regarding any bank account of the Suppliers is collected, such data will be collected solely for the purpose of facilitating the payment, whether at the bank or through wire transfer.

      Sekiranya maklumat berkenaan sebarang akaun bank Pembekal dikumpulkan, data tersebut akan dikumpul semata-mata untuk tujuan kemudahan bayaran, sama ada di bank atau melalui pindah kawat.

    3. Gruma may also collect any such information as we deem necessary or appropriate from time to time in connection with your dealings and/or relationship with us.

      Gruma juga mungkin mengumpul sebarang maklumat tersebut yang kami anggap perlu atau sesuai dari masa ke masa berhubung dengan urusan dan/atau perhubungan anda dengan kami.

  6. Providing Data


    Memberi Data

    1. Except for Data collected from Customer-Consumer which is Processed for marketing or promotional purposes, it is obligatory for the Data Subjects (whether a Supplier, Customer or Personnel) to provide the categories of Data which we requested from you for the purposes set out in Paragraph 1 above. Failure to provide Data referred to in this Privacy Policy, will result in:

      Melainkan Data yang dikumpulkan daripada Pelanggan-Pelanggan yang Diproses untuk tujuan pemasaran atau promosi, menjadi kewajipan Subjek Data (sama ada Pembekal, Pelanggan atau Kakitangan) untuk memberi kategori Data yang telah kami minta daripada anda untuk tujuan yang ditetapkan dalam Perenggan 1 di atas. Kegagalan untuk memberi Data yang dirujuk dalam Dasar Privasi ini, akan menyebabkan:

      1. in respect of the Personnel, an impact on your ability to enjoy and/or participate in the full employment-related benefits and entitlements which we provide to our employees or in the case of prospective employees, our ability to offer employment to you;

        berhubung dengan Kakitangan, kesan terhadap keupayaan anda untuk menikmati dan/atau menyertai manfaat dan kelayakan berkaitan pekerjaan penuh yang kami sediakan untuk pekerja kami atau dalam kes bakal pekerja, keupayaan kami untuk menawarkan pekerjaan kepada anda;

      2. in respect of the Customers and Suppliers, an impact on our ability to perform the corresponding services or contractual obligations and where applicable, prevent Gruma from sending you marketing or advertising material in relation to our services and products.

        berhubung dengan Pelanggan dan Pembekal, impak terhadap keupayaan kami untuk melaksanakan perkhidmatan atau kewajipan kontrak yang sepadan dan jika perlu, menghalang Gruma daripada menghantar bahanl pemasaran atau pengiklanan berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami.

    2. Gruma will maintain and implement the adequate protection actions and mechanisms, which will consist in the necessary administrative, physical and technical measures, in view of its capacity and the type of Data being treated. The foregoing will ensure the security, integrity and privacy of the Data.

      Gruma akan mengekalkan dan melaksanakan tindakan dan mekanisme perlindungan yang mencukupi, yang akan terdiri daripada langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang perlu, mengikut kapasiti dan jenis Data yang sedang diolah. Perkara yang disebut di atas akan menjamin keselamatan, integriti dan privasi Data

  7. Access to Data and Limiting Processing


    Akses kepada Data dan Mengehadkan Pemprosesan

    1. Gruma is responsible for the collection, safeguard and treatment of the Data. At any time you may exercise your right to access and/or limit the Processing of your Data by contacting Gruma on the details set out at the beginning of this Privacy Policy

      Gruma bertanggungjawab terhadap pengumpulan, perlindungan dan pengolahan Data. Anda mungkin menggunakan hak anda pada bila-bila masa untuk mengakses dan/atau mengehadkan Pemprosesan Data anda dengan menghubungi Gruma dengan butiran yang ditetapkan pada permulaan Dasar Privasi ini

    2. If at any time you wish to correct or delete Data we hold about you that is inaccurate,out-of-date, incomplete, irrelevant or misleading, please contact us on the details set out at the beginning of this Privacy Policy and we will amend this record or provide written notice in case there is a reason why we cannot amend it or is required to retain the Data to the extent permitted by law. If you wish to have your Data deleted, please let us know by contacting us on the details above and we will take all reasonable steps to delete it unless we need to keep it for legal, auditing or internal business reasons.

      Jika pada bila-bila masa anda mahu membetulkan atau memadamkan Data yang kami pegang tentang anda yang tidak betul, sudah lapuk, tidak lengkap, tidak berkaitan atau mengelirukan, sila hubungi kami dengan butiran yang ditetapkan pada permulaan Dasar Privasi ini dan kami akan meminda rekod ini atau memberi notis bertulis sekiranya terdapat sebab kami tidak boleh memindanya atau diperlukan untuk mengekalkan Data setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika anda mahu Data anda dipadamkan, sila maklumkan kami dengan menghubungi kami dengan butiran di atas dan kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memadamnya melainkan kami perlu menyimpannya atas sebab undang-undang, pengauditan atau perniagaan dalaman.

    3. We must point out that, in limiting or deleting your Data as requested, the same consequences as described in Paragraph 2 above could apply. If this is the case, Gruma will inform you of the consequences in further detail depending on the specific Data

      Kami mesti menyatakan bahawa, dalam mengehadkan atau memadamkan Data anda seperti yang diminta, akibat yang sama seperti dihuraikan dalam Perenggan 2 di atas boleh berlaku. Jika perkara ini berlaku, Gruma akan memaklumkan anda akibat dengan butiran lanjut bergantung pada Data tertentu.

    4. You may also contact us by e-mailing us on the details above if you have a complaint about how we have Processed your Data. If Gruma becomes aware of any ongoing concerns or problems concerning our privacy practices, we will contact you about the issue, investigate the issue, and take all reasonable steps to work with you to resolve the issue.

      Anda juga boleh menghubungi kami dengan menghantar e-mel kepada kami dengan butiran di atas jika anda mempunyai aduan mengenai cara kami telah Memproses Data anda. Jika Gruma menyedari sebarang kebimbangan atau masalah yang berterusan berkaitan dengan amalan privasi kami, kami akan menghubungi anda mengenai isu tersebut, menyiasat isu tersebut dan mengambil semua langkah yang munasabah untuk berusaha menyelesaikan isu tersebut bersama anda.

    5. With respect to all of the above, you may, by contacting Gruma on the details set out at the beginning of this Privacy Policy:

      Berhubung dengan semua perkara di atas, anda mungkin, dengan menghubungi Gruma dengan butiran yang ditetapkan pada permulaan Dasar Privasi ini:

      1. check whether we hold or use your Data and request access to such data;

        menyemak sama ada kami memegang atau menggunakan Data anda dan meminta akses kepada data tersebut;

      2. equest that we correct any of your Data that is inaccurate, incomplete or out-of date;

        meminta kami membetulkan sebarang Data anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau sudah lapuk;

      3. request that your Data is retained by us only as long as necessary for the fulfilment of the purposes for which it was collected; and

        meminta kami mengekalkan Data anda hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan; dan

      4. withdraw, in full or in part, your consent given previously, in each case subject to any applicable legal restrictions, contractual conditions and a reasonable time period as well as the consequences as mentioned above.

        menarik balik, secara penuh atau sebahagian, persetujuan yang anda berikan sebelum ini, dalam setiap subjek kes untuk sebarang sekatan undang-undang yang sepadan, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah serta akibat yang disebut di atas.

  8. Retention of Data


    Pengekalan Data

    Gruma may keep the Data and that of other individuals that you provide to us for a reasonable period in accordance with legal requirements following your cessation of business dealings / employment with us.

    Gruma mungkin menyimpan Data dan perkara berkaitan individu lain yang anda berikan kepada kami untuk tempoh yang munasabah menurut keperluan undang-undang mengikut pemberhentian urusan/pekerjaan anda dengan kami.

  9. Transfer and Disclosure of Data


    Pemindahan dan Pendedahan Data

    1. Gruma may disclose and/or transfer the Data, both to individuals and entities, either within Malaysia or abroad (including Mexico). The recipients of such Data will be subject to the provisions of this Privacy Policy.

      Gruma mungkin mendedahkan dan/atau memindahkan Data, kepada individu dan juga entiti, sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara (termasuk Mexico). Penerima Data tersebut akan tertakluk pada peruntukan Dasar Privasi ini.

    2. It is possible that Gruma requires transferring your Data to third parties with whom it maintains business or professional relations. Also, Gruma may disclose and/or transfer Data corresponding to the Personnel, Customers and Suppliers to third parties such as regulatory authorities, companies within the Gruma group of companies, third party organizations or service providers including their professional service providers (e.g., external firms, laboratories and/or clinics, administrators).

      Gruma juga berkemungkinan perlu memindahkan Data anda kepada pihak ketiga yang mengekalkan perhubungan perniagaan dan profesional. Gruma juga boleh mendedahkan dan/atau memindahkan Data berkaitan dengan Kakitangan, Pelanggan dan Pembekal kepada pihak ketiga seperti pihak berkuasa kawal selia, syarikat dalam kumpulan syarikat Gruma, organisasi atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga termasuk penyedia perkhidmatan profesional (cth. firma luaran, makmal dan/atau klinik, pentadbir).

    3. Such third parties will receive the Data only and exclusively as part of the business and/or professional relationship with Gruma, as part of the scope and/or as information that is necessary to perfect the internal, business and/or professional relations created among Gruma and the Data Subjects. Gruma will only select third parties who formally agree to implement the necessary security measures to ensure the adequate level of privacy of the Data. Gruma will be responsible for notifying all third parties the content of this Privacy Policy, as well as any modification or cancellation of Data arising from the exercise of the rights made at any time by any of the Data Subjects.

      Pihak ketiga sedemikian akan menerima Data hanya dan secara eksklusif sebagai sebahagian daripada perhubungan perniagaan dan/atau profesional dengan Gruma, sebagai sebahagian daripada skop dan/atau sebagai maklumat yang perlu untuk menyempurnakan perhubungan dalaman, perniagaan dan/atau profesional yang wujud antara Gruma dan Subjek Data. Gruma hanya akan memilih pihak ketiga yang secara rasmi bersetuju untuk melaksanakan langkah keselamatan yang perlu untuk memastikan tahap privasi Data yang mencukupi. Gruma akan bertanggungjawab untuk memaklumkan semua pihak ketiga kandungan Dasar Privasi ini serta sebarang pengubahsuaian atau pembatalan Data yang timbul daripada penggunaan hak yang dibuat pada bila-bila masa oleh mana-mana Subjek Data.

Any amendment to the scope of this Privacy Policy may be consulted through the following website: www.missionfoods.com.my.

Sebarang pindaan kepada skop Polisi Privasi ini boleh dirujuk melalui laman web berikut: www.missionfoods.com.my.

I hereby confirm my understanding of this Privacy Policy and my consent to the Processing of Data in accordance with this Privacy Policy.